Thursday 5 June 2014

Tangisan NABI MUHAMMAD S.A.W



RASA SEDIH??

-Surah At-Taubah ayat 40 :
"Janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama Kita"




Pernahkah kita merasa sedih kerana kehilangan seorang kekasih...
Pernah merasai kehilangan seorang insan yang amat kita sayangi dan cintai...
Saat itu, mungkin air mata yang mengalir di pipi seakan-akan tidak mahu berhenti...betul??

Seorang insan yang amat disayangi dan dicintai pergi buat selama-lamanya..
Semestinya hidup akan terasa sepi dan kekosongan yang teramat...

Maka ingatlah bahawa semua itu juga pernah dialami oleh Nabi kita.. Muhammad SAW.


Sungguh perkara yang sangat menyedihkan dan sangat berat adalah tatkala seseorang harus kehilangan orang yang dicintainya, baik anak yang disayangi, ibu yang penyayang, sahabat karib, isteri tercinta dan lain-lain.

ALLAH SWT berfirman;
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanaman. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (QS Al-Baqarah : 155)

Semakin tinggi iman seseorang itu maka akan semakin tinggi ujian yang akan dihadapinya. Dan tidak diragukan lagi bahawasanya ujian-ujian yang pernah dihadapi oleh Nabi SAW adalah ujian yang sangat berat. Nabi telah diuji dengan ujian-ujian yang berat dan bermacam-macam. Di antara ujian-ujian tersebut adalah perginya orang-orang yang dikasihi oleh Baginda SAW.

Nabi SAW telah kehilangan ayahnya sebelum kelahirannya…Baginda tidak pernah merasai belaian ayah apatah lagi melihat senyuman ayahnya…

Demikian pula Baginda SAW juga telah kehilangan ibunya yang sangat Baginda sayangi tatkala berusia enam tahun. Tatkala si ibu membawanya untuk bersafar menziarahi kerabat/pak cik-pak cik ayah Baginda dari Bani 'Adi bin Najjaar di kota Madinah. Tatkala di tengah perjalanan pulang ke Mekah di suatu daerah yang bernama Abwaa' (antara kota Madinah dan Mekah) maka si ibu tercinta pun sakit. Hingga akhirnya si ibu pun meninggal dunia di tempat tersebut. Semua itu dilihat dan disaksikan oleh sang kecil Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam. Kita bisa bayangkan bagaimana kesedihan yang meliputi hati si kecil Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam tatkala menyaksikan di hadapannya sang ibu yang sakit parah hingga meninggalkan dunia ini….

Ini semua kesedihan yang telah dirasakan oleh Nabi semenjak kecil beliau.

Sebagaimana manusia yang lain, Nabi SAW juga mengalami apa yang dirasakan oleh manusia yang lain, seperti kegembiraan, kesedihan, keriangan, kesempitan, kelapangan, sihat, sakit, kehidupan dan kematian.

Pengajaran yang perlu kita ambil di sini adalah; redha dengan segala ketentuan ALLAH SWT kerana segala apa yang ada akan pergi, dan segala yang hidup akan mati. Itulah aturan kehidupan yang perlu kita tempuhi serta jalani. Segala yang terjadi, pasti dan pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Tuesday 3 June 2014

Ujian dan Dugaan

"Jika tiada ujian dan dugaan ,bukanlah KEHIDUPAN namanya"

* KENAPA AKU DIUJI??

-Surah Al - Ankabut ayat 2-3 :
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ; "Kami beriman,sedngkn mereka tidak diuji?? Dan sesungguhnya telah menguji orng orng yng sblum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orng yng benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orng yng dusta."


*KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA APA YNG DIDAM-IDAMKN??

-Surah Al-Baqarah ayat 216 :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kmu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui sedangkn kmu tidak mengetahui."


*KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?? 

-Surah Al- Baqarah ayat 286 :
"Allah tidak membebani seseorng itu melainkn sesuai dngn kesnggupnnya."